(Foto BERNAMA)
PUTRAJAYA, 8 Julai- Tindakan segera akan diambil Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata demikian sebagai maklum balas kepada permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau memberi keutamaan supaya kesalinghubungan di kampus semakin baik.
"Saya telah berhubung dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai perkara tersebut.
"Isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
"Perkara terbabit akan diselesaikan segera," katanya menerusi Twitter.
(Foto BERNAMA)