fb fb fb fb fb

Kayuhan Santai Merdeka, zahir rasa cinta kepada negara

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos- Pelbagai aktiviti bersempena sambutan Hari Kebangsaan diadakan warga Malaysia membabitkan setiap peringkat umur.

Ia bagi menyuburkan perasaan cintakan negara dan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan masyarakat, sekali gus menyemarakkan lagi kibaran Jalur Gemilang.

(Kayuhan Santai Merdeka yang disertai penduduk mengelilingi lima buah kampung)

Di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Teluk Paku, di sini, diadakan Kayuhan Santai Merdeka sejauh lebih 10 kilometer mengelilingi lima buah kampung.

Pengerusinya, Ayob Mamat berkata ia disertai hampir 100 penduduk pelbagai usia merangkumi kanak-kanak hingga warga emas.

"Inilah tradisinya kampung kita, sebelum buat perarakan ini, setiap rumah kita bagi satu bendera dan selepas itu kita akan susun basikal mengikut jadual, mengikut suasana dan keadaan semasa," katanya pada program tersebut di sini.

(Ayob Mamat)

Walaupun hujan lebat turun di pertengahan jalan, kebanyakkan peserta tetap bersemangat meneruskan kayuhan mengelilingi kampung sambil melaungkan merdeka.

"Kita semua sangat gembira kerana hari ini dapat meraikan ambang kemerdekaan walaupun hujan lebat, kita dapat sampai ke destinasi meraikan tujuan kita untuk bersama-sama dengan anak meraikan sambutan kemerdekaan," kata peserta Tengku Noor Juwariah Tengku Jaafar.

"Amat gembiralah dengan sambutan dan juga komitmen yang telah ditunjukkan oleh rakan-rakan muda, yang mana dapat bekerjasama menghayati erti kemerdekaan.

Jadi saya menyeru kepada golongan muda supaya dapat menjiwai hari kemerdekaan ini dari masa ke semasa," kata Cheku Izan Cheku Mansor.

Media Baharu