fb fb fb fb fb

Kawasan Semerak sesuai jadi lokasi industri pengkulturan rumpai laut

PASIR PUTEH, 19 Julai- Industri pengkulturan rumpai laut berpotensi bertindak sebagai penapis biologi dan mengurangkan kesan pencemaran air di sekitar Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

Penyelidik dari Universiti Malaya, Dr Adibi Rahimin Md. Nor berkata, kawasan tersebut merupakan lokasi berisiko tinggi terhadap kualiti air yang tidak menentu berikutan ia merupakan kawasan ternakan tertutup.

Katanya, justeru, tumbuhan itu mampu menyerap lebihan nutrient dalam air sekaligus mengurangkan kerugian yang dialami 200 penternak ikan dan udang di kawasan tersebut setiap tahun.

“Dengan adanya rumpai laut sebagai agen bioremedisasi, ia akan membantu memulihkan kualiti air seterusnya meningkatkan pengeluaran dan menjamin pendapatan pengusaha akuakultur di kawasan Semerak.

"Jadi teknologi atau inovasi pihak UM perkenalkan ini akan membantu untuk menjamin sekuriti makanan ataupun pengeluaran sumber protein dari industri akuakultur,"kata Dr Adibi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di program Pemindahan Teknologi Pengkulturan “SARE” (Rumpai Laut) Kepada Komuniti Pesisir Pantai Kelantan di Pasir Puteh.

Mengulas lanjut menurut beliau, selain menjaga kualiti air, industri ternakan rumpai laut juga mampu memberi pendapatan sampingan kepada penduduk setempat melalui produk hiliran seperti, kosmetik, suplemen dan makanan super.

 


(Penyelidik dari Universiti Malaya, Dr Adibi Rahimin Md. Nor)

Media Baharu