fb fb fb fb fb

RUU Enakmen Pengurusan Air DUN Perak ditangguh

IPOH, 19 Julai- Rang Undang-Undang Enakmen Pengurusan Air ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad sebuah jawatankuasa bi-partisan juga ditubuhkan bagi memperhalusi dan mengharmonikan rang undang-undang tersebut.

Seramai 10 orang Ahli Dewan telah mengambil pada sesi perbahasan semalam.

"Keseluruhan perbahasan tersebut mencerminkan keprihatinan kita secara kolektif terhadap kepentingan rakyat dan negeri .

"Sekali saya rakamkan terima kasih oleh kerana RUU yang amat penting menyentuh kepentingan negeri dan kepentingan rakyat pelbagai isi perbahasan dikemukakan menggambarkan kita semua kita perlu bertanggungjawab kepada RUU yang nak diluluskan," kata Saarani.

Beliau yang juga Adun Kota Tampan berkata demikian ketika sesi penggulungan RUU tersebut.

Penubuhan jawatankuasa bi-partisan ini dilihat penting supaya apabila rang undang-undang ini dibawa semula ke dewan, ia dapat menggambarkan kehendak sebenar wakil rakyat.

Sekaligus memberi kebaikan kepada negeri dan rakyat Perak.

 


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

Media Baharu