fb fb fb fb fb

Kawasan R&R PLUS dibuka 24 jam setiap hari sepanjang musim perayaan

KUALA LUMPUR, 25 April - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta Hentian Sebelah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan dibuka 24 jam sepanjang tempoh musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi memaklumkan pihaknya bersedia untuk menerima lonjakan trafik sepanjang tempoh perayaan tersebut yang dijangka mencecah 2 juta kenderaan.

Beliau berkata ratusan gerai makanan dan minuman, surau serta tanda awam telah disediakan untuk keselesaan pengguna.

PLUS turut menyediakan tandas tambahan dan lori tangki bagi mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan terbabit.


(Kawasan R&R serta hentian sebelah di Lebuhraya PLUS dibuka 24 jam
musim perayaan Aidilfitri)

Bagi menguruskan trafik di kawasan-kawasan rehat tersebut, PLUS juga akan mendapatkan khidmat pasukan RELA.

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 109 buah stesen minyak beroperasi di sepanjang lebuhraya PLUS untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan, menggunakan tandas dan surau selain mengisi minyak.

Bagaimanapun, sekiranya keadaan didapati terlalu padat dan sesak, kawasan rehat tersebut mungkin terpaksa ditutup sementara dan akan dibuka semula apabila keadaan kembali terkawal.

Media Baharu