fb fb fb fb fb

14,306 jemaah haji perlu beri maklum balas segera surat tawaran haji

KUALA LUMPUR, 25 April - Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran tunai haji kepada 14,306 bakal jemaah haji mulai hari ini.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan mengingatkan agar bakal jemaah haji untuk memberi maklum balas dengan segera, iaitu dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.


(TH telah mengeluarkan surat tawaran tunai haji kepada 14,306
bakal jemaah haji mulai hari ini / FOTO Hiasan)

"Bakal jemaah boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran.

"Selain itu, para bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan Tabung Haji berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan", katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua bakal jemaah haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Bakal haji juga digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan iaitu Influenza dan Pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk mengemukakan maklum balas surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran", katanya.

Media Baharu