fb fb fb fb fb

Kastam Johor rekod nilai sitaan hampir RM5 juta

JOHOR BAHRU, 28 Ogos- Jabatan Kastam Johor merekodkan nilai sitaan hampir RM5 juta, menerusi tujuh serbuan melibatkan minuman keras, rokok, air zam zam palsu dan motosikal berkuasa tinggi, bermula Jun hingga Ogos tahun ini.

Pengarahnya, Sazali Mohamad memaklumkan, RM2.8 juta daripadanya membabitkan minuman keras.


(Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad)

Menurut beliau, 192,683 botol dan tin minuman keras diseludup dari China. Manakala lapan motosikal berkuasa tinggi tidak memiliki cukai kastam dibawa masuk dari Singapura.

Sementara bagi kes air zam-zam, pemilik premis warga tempatan menjadikan kilang tidak berdaftar sebagai lokasi pembuatan minuman tersebut.

"Secara spesifiknya kedai mana, kami belum tahu. Mengikut hasil siasatan ia memang tujuannya untuk pasaran tempatan dan beroperasi dalam enam bulan", katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.


Media Baharu