fb fb fb fb fb

Kesedaran kefahaman agama ditingkatkan dalam kalangan pempengaruh media sosial

BACHOK, 28 Ogos - Kerjasama kerajaan dengan pempengaruh media sosial sentiasa diadakan dalam usaha meningkatkan kesedaran signifikan kepada kefahaman agama dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kerjasama menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu melibatkan perbincangan dan perancangan untuk menghasilkan kandungan berkaitan agama khususnya ajaran Islam.

(Marzuk bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Replika Kunci Van Jenazah dan
Sumbangan Musaadah Bencana di Masjid Ar-Rahman, Kampung Repek, di sini)

"Perlu fahami dengan kesedaran yang holistik kepada masyarakat supaya tidak menjadikan kandungan-kandungan agama dipermainkan di media-media sosial sama ada untuk kepentingan, untuk provokasi. Yang paling penting sebarlah perkara agama yang baik yang sahih untuk pastinya bukan sahaja kita mendapat manfaat di dunia tetapi kita juga dapat ganjaran pahala," kata Marzuk di sini.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa Wialyah, RM54,100 kepada mangsa ribut di Parlimen Bachok.

Mengulas lanjut, Marzuk menyeru agar rakyat lebih bertanggungjawab dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dalam pembikinan kandungan di platform media sosial.

Kerajaan sentiasa tegas dan sebarang perlakuan yang menghina agama tidak akan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa.

Media Baharu