fb fb fb fb fb

Kastam Johor gagalkan cubaan seludup 342.4 kilogram rokok putih ke Australia

JOHOR BAHRU, 29 Disember- Sejumlah 342.4 kilogram rokok putih bernilai RM426,000 yang cuba diseludup ke Australia dirampas dalam operasi pada 9 Disember lalu di Pasir Gudang.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Misbahudin Parmin berkata, semua rokok tersebut ditemui di dalam kontena yang diubah suai, dipercayai diseludup terlebih dahulu dari negara luar sebelum dihantar ke Australia.

"Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena berukuran 40 kaki tersebut bersama ejen penghantaran dan wakil syarikat, kami telah menjumpai sejumlah rokok putih yang disembunyikan di ruang khas pada lantai kontena bersama 20 palet tisu.

Pihak syarikat juga membuat dua kali tempahan tisu untuk dieksport ke Australia, bagi mengaburi kegiatan sebenar," katanya.

(Sejumlah rokok putih yang disembunyikan di ruangan khas pada lantai kontena 
dipercayai untuk diseludup ke Australia)

Susulan penemuan itu, wakil syarikat iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967.

Media Baharu