fb fb fb fb fb

Kebakaran bangunan dua tingkat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

KANGAR, 29 Disember- Sebuah bangunan kedai dua tingkat di Jalan Kangar-Alor Setar terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis menerusi kenyataan memaklumkan, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.32 pagi.

"Dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar serta Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis dibantu sebuah kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Operasi pemadaman melibatkan 14 pegawai dan anggota dari kedua-dua balai terlibat, diketuai Pegawai Bomba Kanan II,Yazid Ahmad," menurut kenyataan itu.

(Seorang anggota bomba sedang melakukan kerja pemadaman sebuah bangunan dua tingkat yang terbakar)

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.07 pagi.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Media Baharu