fb fb fb fb fb

KASA teruskan projek pengindahan Sungai Melaka Parcel 2

PENGKALAN RAMA, 25 November-Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan meneruskan Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 dengan peruntukkan RM30 juta dalam masa terdekat .

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Zaini Ujang berkata , Pakej 1 sedang dalam proses memuktamadkan pelantikan kontraktor penyelamat bagi menyiapkan keseluruhan baki kerja.

“projek fasa 1 projek fasa 2. fasa 2 ini terbahagi kepada 3 pakej .pakej pertama pakej kedua pakej ketiga .pakej pertama ini yang tak siap inilah sampai ke jambatan ada satu jambatan itu yang tak siap .pakej kedua ketiga dah siap dan diserahkan pun pada kerajaan negeri Melaka", katanya kepada media.

(Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang)

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Parcel 2 bersama Yang DiPertua Negeri Melaka , Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Media Baharu