KUALA TERENGGANU, 28 Jun- Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat dilihat sebagai platform terbaik buat agensi-agensi kerajaan dan pemegang taruh lain untuk merapatkan jurang antara rakyat khususnya dalam menyampaikan maklumat yang sahih secara komprehensif.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Malaysia Muhammad Najmi Mustapha berkata inisiatif program itu mampu mengukuhkan semangat MADANI tanpa mengira lapisan masyarakat mahupun komunit setempat.
"Ia memberi peluang kepada agensi-agensi kerajaan untuk turun padang dan menyantuni masyarakat setempat dalam kita memberikan pelbagai perkhidmatan.
"Pada masa yang sama segala dasar dan juga inisiatif-inisiatif kerajaan dapat disebarkan kepada masyarakat umum. Kita mengharapkan agar masyarakat dapat mengambil segala maklumat itu dan diperluaskan lagi di peringkat akar umbi di setiap komuniti," katanya.
Beliau yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan ditemui pemberita pemberita pada Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat, di sini.
Pelbagai program turut diadakan ada program itu termasuk Jualan Rahmah, pemeriksaan kesihatan dan beberapa perkhidmatan yang turut disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk entiti perniagaan dan korporat.
Program yang berlangsung selama sehari itu dirasmikan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad bersama Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan ketua-ketua Komuniti MADANI Negeri Terengganu.