fb fb fb fb fb

Karnival Bersamamu sasar kutipan 10,000 kg barangan kitar semula

CHERAS, 17 Julai - Setiap pengunjung Karnival Bersamamu disyaratkan membawa sekurang-kurangnya 1 kilogram sampah untuk dikitar semula.

Karnival Bersamamu menyasarkan 10,000 kilogram barangan kitar semula dapat dikumpul sepanjang dua hari program.

Program yang bermula semalam bermatlamat melahirkan warga yang cintakan kebersihan serta mengamalkan tatacara pelupusan sampah dengan betul dan beretika.

(Datuk Seri Ismail Abd Muttalib)

Sekali gus mewujudkan Malaysia bersih, indah, sejahtera dan selesa didiami.

"Kita mahu berikan kesedaran kepada masyarakat supaya sampah ini, kalau dulu kita anggap benda yang tidak berguna, tetapi hari ini sampah ini sebenarnya mendatangkan nilai kewangan kepada kita. Jika kita tahu menguruskannya, kita ada agensi yang boleh membeli. SWCorp, sentiasa menerima sampah-sampah buangan yang telah pun dibuang oleh kita di rumah, dan kita boleh beli sampah-sampah ini. Jadi, kita nak memberi pendidikan kepada masyarakat dalam perkara ini," kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib di sini.

"Dan kita sasarkan untuk dua hari ini kita akan kumpul hampir 10,000kg barang kitar semula yang akan dibawa oleh pengunjung. Tujuan utama kita, hennak memberikan kesedaran kepada pengunjung keperluan untuk melaksanakan 'recycle'. Dan akhirnya kalau kita berjaya tingkatkan dari segi 'percentage recycle' dan kita mengharapkan akhirnya sampah yang terpaksa kita uruskan di tapak pelupusan sampah akan dapat kita kurangkan," kata Pengerusi SWCorp, Datuk Rizalman Mokhtar.

(Datuk Rizalman Mokhtar)

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), bersama-sama 15 rakan strategik, optimis untuk merealisasikan 10 matlamat Bersamamu yang digariskan sehingga 2030.

Matlamat itu antaranya, menjayakan 145 program sepanjang tahun ini, mencapai 40 peratus kadar kitar semula menjelang tahun 2025 serta memastikan 10,000 tenaga kerja sektor pekerja pembersihan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menjelang 2030.

Pendekatan strategi C4E turut diaplikasi iaitu Komunikasi, Mendidik, Mendampingi, Menguatkuasa dan Memberi Tanggungjawab.

Menyasarkan 10,000 pengunjung, Karnival Bersamamu yang julung kali diadakan itu berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, di sini.

Media Baharu