fb fb fb fb fb

Data berkaitan penganggur, isi kekosongan jawatan

KUBANG KERIAN, 17 Julai - Data terperinci berkaitan penganggur diperlukan untuk dipadankan dengan kekosongan pekerjaan di negara ini.

Justeru kaedah terbaik perlu dicari untuk menyuaipadan seterusnya menangani kedua-dua situasi tersebut.

"Sekarang ini bulan Mei 3.9 peratus, 636,700 orang menganggur. 636,000 masalahnya kita tidah tahu siapa dan di mana mereka ini. Jadi dengan ada nya data yang lengkap ini kita boleh adakan usaha-usaha untuk memadankan pencari kerja dengan kekosongan kerja, jadi ini adalah satu usaha yang penting kerana pengabggurab ini satu masalah terhadap mana-mana negara pun," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sidang media sempena Seminar Pasaran Buruh Program Outreach Pemprofilan Pencari Kerja Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Universiti Sains Malaysia, di sini.

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

Langkah penjimatan yang dilaksana kerajaan wajar dilakukan bagi menjamin kedudukan kewangan negara kekal stabil.

"Pekeliling itu lebih merujuk kepada perbelanjaan mengurus yang mana perjalanan mesyuarat gimik umpanya bilangan ke luar negara, jadi yang diperlukan 5%, ini langkah yang perlu untuk diambil untuk pastikan kedudukan kewangan kita stabil dan untuk membolehkan kerajaan terus beri bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya golongn B40 lah, " kata Mustapa lagi.

Media Baharu