KUALA LUMPUR, 4 September -Sebahagian kapal yang menyertai misi Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla to Gaza kini berada di kepulauan Menorca, Sepanyol sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi utama mereka, iaitu perairan Gaza.
Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Zulfadhli Khirduddin berkata, keadaan cuaca semasa adalah baik dan tenang, membolehkan anak kapal menyesuaikan diri dengan rutin harian di atas kapal.
"Keadaan semasa di sini cuaca, Alhamdulilah baik dan tenang. Kami semua dapat sesuaikan dengan kehidupan di kapan ini. Insya-Allah kami akan berkumpul bersama kapal lain bergerak ke Tunis dijangka akan sampai beberapa hari. Mohon sangat doakan esihatan kami dan perjalanan kami dipermudahkan,"katanya.
Sebanyak 24 kapal flotilla kemanusiaan berlayar dari Pelabuhan Barcelona, menyatukan lebih 1,000 peserta dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia dalam misi mendesak pembebasan Gaza.
Misi kemanusiaan itu disertai Sekretariat Sumud Nusantara yang diterajui Cinta Gaza Malaysia (CGM), MAPIM Malaysia, Cinta Salam Malaysia serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain.