fb fb fb fb fb

Kanak-kanak perempuan tercampak selamat, ibu cedera

(Foto JBPM Johor)

JOHOR BAHRU, 25 Jun- Seorang kanak-kanak perempuan berumur sepuluh tahun, terselamat, selepas tercampak keluar daripada kereta dinaiki, yang terbabit kemalangan, di Kampung Ban Foo, Ulu Tiram, di sini, pukul 7.07 minit pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II M. K Haridas berkata kanak-kanak tersebut mengalami cedera ringan dan luka di bahagian telinga.

Ibu mangsa, Tan Yee Peng, 45, yang memandu kereta cedera di bahagian kaki kiri, manakala pemandu sebuah lagi kereta terlibat kemalangan, cedera ringan.

Pasukan Keluaran Operasi menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan ibu kanak-kanak tersebut yang tersepit, di tempat duduk pemandu.

Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberi rawatan awal kepada kanak-kanak berkenaan, sebelum semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), untuk rawatan lanjut.

Operasi melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, tamat pukul 8.20 minit pagi.

(Foto JBPM Johor)

Media Baharu