fb fb fb fb fb

210 jururawat kontrak isi kekosongan di HSA, HSI

JOHOR BAHRU, 25 Jun- Seramai 210 jururawat kontrak bakal mengisi kekosongan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, bulan depan.

Langkah itu bagi menangani isu kekurangan kakitangan di kedua-dua hospital tersebut yang berlarutan sejak beberapa tahun.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata pengisian akan dibuat dari semasa ke semasa, selepas menerima 33 orang jururawat baru-baru ini.

Secara keseluruhan, kedua-dua hospital tersebut mengalami kekurangan 2,800 kakitangan untuk pelbagai jawatan.

"Dengan keadaan ataupun situasi hari ini kita dapat penambahan 210 tambah lagi, 33 sebelum ini, bererti 243...ia sangat membantu kepada kedua-dua hospital yang cukup sibuk.

"Ini dapat meringankan bebanan pengamal kesihatan atau perubatan," katanya.

(Ling Tian Soon)

Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan barangan bukan perubatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 600 barang bukan perubatan disumbangkan kepada hospital, seperti meja dan lokar oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Media Baharu