KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Seramai 166 individu menerima pingat Darjah Kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-61.
Istiadat pengurniaan pingat berlangsung di Istana Syarqiyyah, di sini, hari ini.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan pengurniaan pingat kepada mereka antaranya penjawat awam yang telah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negeri Terengganu.
Seramai empat individu menerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC), diikuti 147 penerima menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Lama Berjawatan, PLB seramai 13 penerima dan Bintang Lama Berjawatan, (BLB) seramai 2 penerima.
Turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail yang diiringi Menteri besar, Datuk' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.
18 Jun lalu, 111 individu telah dikurniakan Darjah kebesaran, Bintang dan Pingat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Keputeraan baginda.
(Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin/FOTO UPDI)