fb fb fb fb fb

Kanak-kanak melecur terkena renjatan elektrik

Mangsa telah di bawa ke hospital sebelum anggota bomba tiba.

BAYAN LEPAS, 17 November- Seorang kanak-kanak lelaki melecur di seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Sri Baya, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Mat Rodzi, mangsa, Mohd Dawisy Zarif Mohd Khairi berusia 12 tahun.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan selepas tersentuh dengan perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Mangsa telah di bawa ke hospital sebelum anggota bomba tiba.

"Pihak bomba membuat penilaian situasi bagi memastikan tiada lagi keberbahayaan di kawasan itu sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya," kata Mohamad Hirman menerusi kenyataan.

Mohd Dawisy Zarif sebelum itu dikatakan bermain bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum bola itu termasuk ke dalam kawasan bilik jana kuasa TNB tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM