fb fb fb fb fb

Kanak-kanak dua tahun dipercayai keracunan nikotin akut

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berkemungkinan mengalami keracunan nikotin akut selepas dipercayai tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang.

Kejadian berlaku pada 30 Mei lepas di Bera, Pahang.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, "mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak."

Kanak-Kanak tersebut dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan.

Bagaimanapun, keadaan terkini pesakit stabil dan boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan serta dipantau pihak hospital.

Pada mulanya, kejadian tersebut dilaporkan sebagai kemungkinan kes kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan rokok elektronik (EVALI) namun hasil penemuan klinikal mendapati ia tidak memenuhi kriteria EVALI.

Keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi.

Kanak-kanak tersebut disahkan menghidapi Acute Life Threatening Event Secondary To Possible Alleged Nicotine Ingestion Complicated With Seizure.

Keracunan nikotin akibat penggunaan tembakau atau cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kesan akut seperti debaran jantung atau palpitation, muntah dan sawan.

Selain itu, kesan nikotin yang tinggi serta pendedahan nikotin untuk jangka masa panjang terutama kepada kanak-kanak akan menyebabkan pertumbuhan otak terjejas.

(Foto hiasan)

Media Baharu