fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 jemaah haji dari Pulau Pinang

(Foto BERNAMA)

BAYAN LEPAS, 6 Jun- Seramai 1,065 jemaah dari Pulau Pinang terpilih menunaikan haji tahun ini.

Kesemua mereka dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui 12 penerbangan yang disediakan Tabung Haji (TH).

Pengarah Eksekutif Operasi Lembaga TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata jemaah dari negeri itu kemudiannya dibawa bersama jemaah dari negeri lain terus ke Jeddah atau Madinah.

Kesemua 31,600 jemaah dari negara ini akan dibawa menerusi 102 kapal terbang.

"Dan seterusnya mereka akan bersama jemaah lain dari KLIA terus ke Madinah atau Jeddah. Tahun lepas selepas dua tahun kita ada kekangan untuk mengerjakan haji, tahun lepas Arab Saudi membuka kembali sempadan tetapi jumlah jemaah haji mengikut kuota asal. Tahun ini, kerajaan negara itu membenarkan kuota penuh," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau dalam masa sama turut menasihati jemaah haji Malaysia agar sentiasa menjaga kesihatan dengan baik supaya dapat mengerjakan ibadah tersebut dengan sempurna.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu