fb fb fb fb fb

Inisiatif Payung Rahmah diperluaskan kepada cermin mata

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Inisiatif Payung Rahmah kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata.

Sebelum ini, inisiatif itu bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan, dan jualan murah.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, "inisiatif terbaharu ini dijayakan dengan penglibatan swasta."

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, "orang ramai boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 ke RM100."

Selain itu, "mereka yang ingin menaik taraf kanta kepada 'blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu boleh menambah RM100 sahaja."

Bagaimanapun, pakej berkenaan boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear seluruh negara.

Salahuddin berkata, "Inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat."

(Tangkap layar fb Salahuddin Ayub)

Media Baharu