fb fb fb fb fb

Laporan tragedi Batang Kali, dijangka siap akhir Jun ini

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Laporan tragedi tanah runtuh Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember tahun lepas dijangka siap akhir bulan ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, "ia akan dibentang kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk tindakan selanjutnya."

Bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan, dalam peringkat penyediaan deraf laporan akhir.

Antara elemen yang diambil kira dalam penyiapan laporan tersebut adalah kerja-kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisis data.

Data ujian itu penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi.

Datuk Seri Alexander memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha yang terbaik untuk melengkapkan proses tersebut.

(Tangkap layar kenyataan media Kementerian Kerja Raya)

Media Baharu