PASIR GUDANG, 15 November- Lapan sekeluarga berdepan detik cemas selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang, Johor, 4.30 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menerusi kenyataan berkata, mereka adalah penduduk sama yang terjejas semasa banjir kilat, Isnin lalu.
Pihaknya kini sedang membawa keluar penduduk terjejas ke lokasi selamat.
Banjir kilat turut menjejaskan 25 buah kediaman lain, namun mereka dilaporkan selamat
Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Pemantauan terus dipergiat berikutan cuaca tidak menentu.