fb fb fb fb fb

Kakitangan awam sambut baik Pakej 5G RAHMAH, Insentif Pascabayar RAHMAH

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH penjawat awam yang diperkenalkan kerajaan hari ini mendapat sambutan baik.

Rata-rata penjawat awam yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan pengumuman itu.

"Kita memang memerlukan benda-benda seperti ini dengan komitmen yang tinggi dengan keluarga dengan bermacam-macam yang kita hadapi. Jadi pakej ini banyak membantu dari segi kewangan", kata penjawat awam, Ahmad Azrul Abd Latiff.

"Seperti penerbit rancangan, kerja-kerja memuat naik futej sedia ada untuk dibawa kepada ibu pejabat. Kita selalu menggunakannya dalam kadar yang besar jadi pakej dan insentif sebegini amat di perlukan untuk pekerja-pekerja kreatif di lapangan", kata penjawat awam Mareaty Johari.

"Ia memberikan penjimatan yang amat besar kepada kami pada zaman wang adalah segala-galanya dan kami memerlukan banyak perbelanjaan", kata Azry Ahmad Mustafa Hadi.

"Memang ia amat diperlukan pada zaman sekarang ini memerlukan internet untuk akses ke facebook, youtube dan untuk urusan kerja tu memang amat diperlukan", kata Salina Pakiri Mahamad.


(Foto hiasan)

Menerusi pakej yang diperkenalkan, penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej pascabayar masing-masing menerusi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini. 

Manakala, pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G ditawarkan serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

Media Baharu