fb fb fb fb fb

30,093 Sijil Perakuan patuh standard penginapan dikeluarkan

(Mohd Asri semasa majlis perasmian Program Pendidikan Perburuhan Bil 3/2023 : Executive
Talk Melestari Perumahan Dan Penginapan Pekerja Negeri Melaka 2023)

AYER KEROH, 7 Ogos- Sebanyak 30,093 Sijil Perakuan telah diberikan kepada majikan yang menyediakan penginapan mematuhi peruntukan dan standard minimum bawah Akta 446.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Mohd Asri Abdul Wahab berkata pihaknya juga telah menjalankan operasi penguatkuasaan.

Sejak 2020 hingga hari ini, sebanyak 1,621 kertas siasatan telah dibuka membabitkan pelbagai kesalahan khususnya bawah Seksyen 24D Akta 446.

Jumlah denda dikenakan dalam pendakwaan telah mencecah RM1.395 juta 395 ribu ringgit dan nilai kompaun 8 juta 78 ribu 900 ringgit.

"Seksyen 24D dalam Akta 446 itu dia kata semua majikan perlu mendapatkan perakuan baru serahkan sijil perakuan. Perakuan itu penting, abila majikan ada perakuan bermakna telah mematuhi kehendak 446 dari segi sususnan katil dan sebagainya," kata Mohd Asri kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendidikan Perburuhan Bil 3/2023 : Executive Talk Melestari Perumahan Dan Penginapan Pekerja Negeri Melaka 2023 di sini.

Tambahnya, penggiat industri terutama syarikat-syarikat swasta diharap akan memilih dan menggunakan sepenuhnya pusat penginapan pekerja bagi memastikan standard kehidupan pekerja dapat ditingkatkan dan terjamin.

(Mohd Asri berkata 30,093 Sijil Perakuan patuh standard penginapan dikeluarkan)

Media Baharu