KUALA LUMPUR, 27 Januari - Kajian terperinci perlu dilakukan bagi setiap perlaksanaan projek pembinaan perumahan sama ada selamat untuk diduduki bagi tempoh masa yang ditetapkan.
Menurut Ketua Kluster Geologi Kejuruteraan dan Bencana Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mohd. Hariri Arifin, kejadian banjir luar biasa yang berlaku baru-baru ini misalnya menjadi antara indikator penting yang menyaksikan perubahan iklim diluar jangka.
Usaha itu juga memerlukan kerjasama bersepadu dengan semua agensi terlibat bagi memberi maklumat awal berkaitan sebarang kejadian bencana yang tidak diingini berlaku.
"Apabila pakar- pakar geologi telah pergi sendiri ke lapangan dan melihat pokok-pokok yang tumbang di tebing-tebing di gunung- ganang, bukit bukau yang kita ada, ini menjadi faktor pencetus yang mengahalang laluan air saluran sungai kita dan membentuk empangan sementara yang mana sampai masa apabila isu padu air penuh ia akan pecah dan seterusya mencetuskan banjir," kata Hariri dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angakapuri.
Mendepani krisis bencana alam yang semakin membimbangkan, orang ramai juga dinasihat terus peka terhadap situasi semasa yang melanda negara ketika ini.