fb fb fb fb fb

Kajian had laju 30km/j dan 50km/j ambil kira pandangan semua pihak

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Kementerian Wilayah Persekutuan akan meneliti hasil kajian berhubung cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berhubung pelaksanaan had laju 30 dan 50 kilometer sejam (km/j) dalam zon terpilih sekitar ibu negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata kajian akan mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum dimuktamadkan.

"Kita tahu banyak benda yang kita buat ada orang setuju ada orang tak setuju tapi kita lihat lebih kepada kesesuaian penerimaan semua pihak yang penting kita capai matlamat kita bagi tujuan tersebut dan kedua pelaksanaan penerimaan dan kita akan ambil kira semua," katanya selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di sini.

Tambahnya MIROS mencadangkan had laju 30 kilometer sejam bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk 2021 hingga 2030.

Katanya, Cadangan had laju itu juga sebahagian daripada kempen 'Street for Life' di bawah Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6.

Media Baharu