fb fb fb fb fb

Kadar kemiskinan menurun ketara berbanding lima dekat lalu

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2022 tahun ini dengan bilangan sampel sebanyak 92 ribu 800 isi rumah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dapatan kajian yang dijangka akan diterbitkan pada suku pertama 2023 itu akan membolehkan kerajaan mengenal pasti kedudukan sosioekonomi dan jurang pembangunan.

Seterusnya menjadi input bagi penggubalan dasar, strategi dan inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

"Kadar kemiskinan negara telah menurun dengan ketara berbanding dengan 5 dekad dahulu, daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 5.6 peratus pada tahun 2019,

"Kadar kemiskinan di bandar menurun daripada 21.3 peratus kepada 3.8 peratus, manakala kadar kemiskinan di luar bandar menurun daripada 58.7 peratus kepada 12.4 peratus," jelasnya ketika menjawab pertanyaan wakil Cheras, Tan Kok Wai.

(Dapatan kajian yang dijangka akan diterbitkan pada suku pertama 2023 itu akan membolehkan kerajaan mengenal pasti kedudukan sosioekonomi dan jurang pembangunan. - Gambar Hiasan)


Tambahnya, Pekali Gini juga berjaya dikurangkan daripada 0.513 kepada 0.407 dalam tempoh yang sama.

"Nilai Pekali Gini berada antara sifar dan satu, dengan sifar menunjukkan agihan pendapatan yang saksama, manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang paling tidak saksama,

"Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian ini termasuklah pertumbuhan kadar ekonomi yang memberansangkan," katanya.

Secara keseluruhan, dalam tempoh lima dekad pertumbuhan purata ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus setahun dalam tempoh 1971 hingga 2021.

Media Baharu