fb fb fb fb fb

Isu rumah sembelihan, MAFI adakan perbincangan dengan KPKT

(Ronald hadir Program Jelajah Dialog Industri Agromakanan 2022 bersama Komuniti Subsektor Penternakan di Labis)

LABIS, 7 Mac - Isu berkaitan Rumah Sembelihan melibatkan permohonan lesen swasta dan sewaan akan dibincang antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Penelitian khusus termasuklah "Kebenaran Merancang" bagi memastikan bekalan makanan berasaskan industri ruminan tidak terjejas.

Demikian menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

"Bila bercakap mengenai Kebenaran Merancang, ia perlu diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan KPKT. Perkara itu di luar bidang kuasa MAFI dan kita akan angkat untuk dibincang dan diselesaikan," katanya.

(Ronald pada sidang media di Labis hari ini)

Beliau berkata demikian dalam sidang media Program Jelajah Dialog Industri Agromakanan 2022 bersama Komuniti Subsektor Penternakan di Labis, di sini hari ini.

Program tersebut dilaksana bagi mendapatkan input, idea, pandangan dan cadangan daripada pemain industri ke arah membangunkan industri penternakan yang mampan dan berdaya maju.

Ini selaras dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.

Media Baharu