fb fb fb fb fb

MINDEF masih menilai opsyen pemberian elaun kepada veteran ATM

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kementerian Pertahanan sedang menilai kesesuaian opsyen agar pemberian Elaun Kenangan kepada Veteran ATM yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dapat dilaksanakan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Sekiranya opsyen ini mampu dilaksanakan, permasalahan jurang pencen dikalangan veteran ATM yang berkaitan akan dapat dikurangkan.

"Pihak Kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan opsyen-opsyen terbaik dalam mengatasi cabaran permasalahan ini memandangkan skim perkhidmatan ATM adalah berbeza dengan skim perkhidmatan awam yang lain,

"Penjawat awam dari perkhidmatan kerajaan selain tentera menikmati pencen sehingga 60% manakala majoriti Veteran ATM yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun hanya layak menikmati pencen sebanyak 50%," jelasnya menjawab pertanyaan wakil Padang Serai, Karupaiya Mutusamy di Dewan Rakyat.

(Sekiranya opsyen ini mampu dilaksanakan, permasalahan jurang pencen dikalangan veteran ATM yang berkaitan akan dapat dikurangkan. - Gambar Hiasan)

Tambah Ikmal lagi, kerajaan pernah memperuntukkan sejumlah 60.9 juta ringgit bagi pemberian elaun Kenangan PJM kepada 121 ribu 816 orang warga Veteran ATM pada tahun 2020 dan sejumlah 2.7 juta ringgit kepada balu serta waris pada tahun 2021.

Justeru, beliau berharap agar Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan lagi peruntukan baharu untuk pemberian elaun Kenangan PJM pada tahun mendatang.

Media Baharu