fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM42.10 bilion daripada RM43.93 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam susut kepada RM22.52 bilion daripada RM28.19 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard tender  dan dua tender repo berbalik.

(Foto fail)

Pada pukul 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM22.50 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Purata kadar semalaman Islam berada pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus.-BERNAMA

Media Baharu