fb fb fb fb fb

Individu positif COVID-19 dengan tahap kesihatan tidak kritikal dibenar mengundi

(Tan Sri Dr Noor Hisham berlata bagaimanapun, mereka perlu patuh
semua SOP yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya)

KUALA TERENGGANU, 13 Oktober- Individu yang positif COVID-19 dengan tahap kesihatan yang tidak kritikal akan dibenarkan mengundi dalam PRU ke-15.

Bagaimanapun, mereka perlu patuh semua SOP yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kehadiran mereka akan dipantau ketat kakitangan Kementerian Kesihatan yang bertugas di pusat-pusat mengundi seluruh negara.

Kakitangan kementerian juga akan menjadi sebahagian petugas PRU untuk memastikan penjalanannya selamat dan lancar.

Beberapa cadangan mengenai SOP disyorkan untuk dimuktamadkan SPR dalam masa terdekat.

(Tan Sri Dr Noor Hisham ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia
Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu)

"Yang kes positif tak kritikal boleh mengundi dengan syarat patuh pada SOP. Jangan lupa dengan syarat Sop antaranya pemakaian pelitup muka pakai pelindung muka. Ini yang penting, yang penting pensanitasi dan sebagainya," kata Dr Noor Hisham selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu di sini.

Tambah beliau tiada sebarang larangan untuk mana-mana individu yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk hadir mengundi.

Risiko jangkitan tetap ada kepada individu yang telah divaksin namun kesannya berbeza sekiranya dijangkiti.

Media Baharu