fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM49.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.80 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM3 bilion bagi tujuh hari, satu tender Program Komoditi Murabahah RM200 juta untuk 33 hari dan tender repo berbalik RM1.16 bilion bagi 182 hari.

(Foto hiasan)

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM47 bilion dan tender semalaman Murabahah untuk RM32.6 bilion.-BERNAMA

Media Baharu