fb fb fb fb fb

Kadar indeks jenayah di Kelantan meningkat sedikit 17.9%

(Datuk Muhamad Zaki Harun ditemu bual media selepas Perhimpunan Bulanan
Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan) 

KOTA BHARU, 28 Julai - Kadar indeks jenayah di Kelantan mengalami sedikit peningkatan sebanyak 17.9 % berbanding tahun terdahulu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, setakat ini 1,179 kes dicatatkan berbanding tahun lalu iaitu 966 kes.

Katanya, pihak polis akan mempergiatkan tindakan termasuk menjalankan lebih banyak Ops kecilan dan terancang daripada semasa ke semasa bagi menangani pelbagai isu jenayah.

Selain itu, kajian dan penambahbaikan akan dilakukan selain merangka strategi serta pelan tindakan terbaik daripada pihak polis bagi memastikan misi mengekang jenayah di Kelantan berjaya.

"Apa pun kalau dinilai, dilihat dari perbandingan nilai ambang di mana per 100,000 penduduk kita masih lagi di bawah negatif, apa pun positif (atau)negatif soal berbeza tapi dari segi tindakan, kita akan berterusan," kata beliau pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.


(Datuk Muhamad Zaki Harun memakaikan pangkat kepada seorang anggota polis pada
Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan)
 

Seramai 13 pegawai menerima kenaikan pangkat dan 48 anggota polis dari seluruh Kelantan mendapat sijil penghargaan pada perhimpunan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata Kelantan merekodkan 688 kes membabitkan orang hilang dalam tempoh tujuh tahun bermula tahun 2016 sehingga hari ini.

Katanya, daripada jumlah terbabit sebanyak 23 kes direkodkan bermula Januari 2022 sehingga hari ini dengan hanya satu kes yang belum dapat diselesaikan.

Jumlah kes orang hilang di negeri itu juga menunjukkan pengurangan berbanding tahun lalu yang mencatat sebanyak 75 kes.

Media Baharu