fb fb fb fb fb

Kebajikan dan kesihatan orang asli terus diberi perhatian

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Kebajikan dan kesihatan orang asli terus diberi perhatian.

Menerusi Nota Persefahaman antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan Kementerian Kesihatan, beberapa perkara digariskan termasuk perkhidmatan perubatan percuma.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah, kebajikan pesakit dan keluarga pesakit orang asli di Hospital Orang Asli Gombak akan ditambah baik.

Ini termasuk pemberian makanan, penyediaan alat sokongan perubatan, pergigian dan bekalan diet khas secara percuma.


(Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah)

Selain itu, penyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi tujuan kemasukan pelajar ke IPT dan bekerja dalam perkhidmatan awam.

"Pemeriksaan kesihatan Doktor Pakar adalah secara percuma melalui surat pengecualian bayaran (GL) dari JAKOA. Prosedur-prosedur perubatan yang memerlukan bayaran tambhan seperti pemasangan implan, juga di bawah tanggungjawab JAKOA, keutamaannya kepada golongan B40," katanya

Bengkel semakan semula Nota Persefahaman dan garis panduan yang lengkap bakal diperhalusi bulan hadapan setelah semua pihak terlibat menyiapkan garis panduan masing-masing.

Media Baharu