fb fb fb fb fb

Kadar harga siling baik pulih, bina rumah baharu dinaikkan - Akmal

KOTA BHARU, 16 Julai - Kadar harga siling bagi pelaksanaan Program Baik Pulih Rumah Di Bandar melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM20,000 bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kelulusan itu bertujuan meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar melalui penyediaan kediaman yang selesa dan selamat untuk diduduki.

(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

"Bila kita tinjau rumah yang kita baik pulih, peruntukan sedia ada, kaedahnya sebuah rumah maksimum kita akan belanjakan sehingga RM15,000 tapi maklum balas kita terima ada juga kerosakan itu memerlukan belanja yang lebih besar," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Bina Baharu Rumah di Bandar KPKT di Kampung Tanjung Baru, Akmal berkata turut akan dinaikkan ialah harga siling bagi Program Bina Baharu Rumah di Bandar kepada RM85,000 dengan keluasan 750 kaki persegi berbanding RM66,000 bagi keluasan 660 kaki persegi.

Media Baharu