fb fb fb fb fb

3R, siasatan hampir selesai

(Tan Sri Razarudin Husain semasa menjawab pertanyaan pemberita selepas mendengar Taklimat Pilihan Raya Negeri Kelantan di IPK Kelantan/BERNAMA)

KOTA BHARU, 16 Julai- Siasatan polis terhadap tiga pemimpin parti berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) sudah hampir selesai dan dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara, minggu depan.

Ketiga-tiga individu terbabit adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, kesemua mereka yang terlibat juga telah selesai diambil keterangan.

"Semua kenyataan telah pun lengkap di ambil 12 hari bulan malam, 3 hari bulan pagi dan 14 hari bulan pagi, kita akan serahkan kepada Peguam Negera secepat mungkin", katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kontinjen Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Kota Bharu.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata siasatan berkaitan 3R berkenaan, dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


(Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain/BERNAMA)

Media Baharu