fb fb fb fb fb

Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji

(Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah/FOTO FB JPA)

PUTRAJAYA, 30 Ogos - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji kadar biasiswa pelajar tajaan jabatan itu, selaras keputusan kerajaan meluluskan semakan semula kadar berkenaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata JPA akan menyelaraskan kadar pembiayaan biasiswa di United Kingdom (UK).

"Kita sedang bincang dengan MARA membabitkan pelajar tajaan MARA. Kita akan selaraskan dan akan umumkan dalam masa terdekat".

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di sini, hari ini.

(KPPA Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah (kiri), Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri (dua dari kiri),
KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua dari kanan), Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat (kanan)/FOTO Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam)

Turut hadir menteri-menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan meluluskan semakan semula kepada kadar biasiswa untuk semua pelajar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, khususnya MARA sama ada dalam dan luar negara.

Media Baharu