fb fb fb fb fb

TH nasihat pendeposit hadkan jumlah pindahan harian dalam perbankan internet

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit untuk mengambil langkah keselamatan dengan menghadkan jumlah pindahan harian melalui perbankan internet.

Para pendeposit juga dinasihatkan membuat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi THiJARI.

Dalam sebuah kenyataan, TH meminta pendeposit sentiasa memastikan maklumat peribadi dan akses kata laluan platform perbankan internet tidak dikongsi dengan mana-mana pihak.

Langkah keselamatan ini penting agar pendeposit tidak terjerat dengan perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scammer’.

"TH kini sedang dalam langkah untuk mengurangkan had pindahan harian melalui perbankan internet, bank-bank rakan strategik bagi mengekang penipuan dalam talian kepada pendeposit," kata kenyataan itu.

Peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon dan arahan pindahan telegrafik di kaunter hanya boleh dibuat dari akaun TH ke akaun bank milik sendiri sahaja.

Maklumat sulit akaun pendeposit juga tidak akan disimpan dalam telefon bimbit.

TH sentiasa melakukan kemaskini dan penambahbaikan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan.

Sementara itu, TH ambil maklum beberapa kes penipuan dan kehilangan wang simpanan akibat ditipu ‘scammer’ yang menyamar sebagai wakil dari pihak berkuasa atau pihak kerajaan.


(Foto FB TH)

Media Baharu