fb fb fb fb fb

70 saman dikeluarkan menerusi Op Samseng Jalanan di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 30 Ogos- Kira-kira 70 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Seberang Perai Tengah atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Butterworth - Kulim Expressway (BKE) dekat Bukit Mertajam, kelmarin.

Menerusi operasi itu juga, polis menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata pihaknya turut menyita 20 buah motosikal dalam operasi tersebut.

"Hasil operasi tersebut, seramai tiga lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan kerana melakukan aksi dengan menduga kelajuan dan disyaki terlibat dalam lumba haram. Menerusi operasi terbabit juga, PDRM telah menyita sebanyak 20 buah motosikal dan mengeluarkan saman lebih kurang 70 saman atas pelbagai kesalahan trafik," kata ACP Tan Cheng San dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


(Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata dalam
sidang media hari ini)

Media Baharu