fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melakukan tender repo berbalik serta tender repo berbalik Islam.

Kecairan dalam sistem konvensional minggu ini menurun kepada RM21.64 bilion daripada RM28.54 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai jatuh kepada RM20 .41 bilion berbanding RM22.42 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus setakat 6 Jun.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN