fb fb fb fb fb

KADA, MYNIC jalin kerjasama perkasa usahawan dalam bidang ekonomi digital

SERDANG, 7 Ogos- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menjalin kerjasama dengan Pusat Rangkaian Maklumat Malaysia (MYNIC) bagi memperkasa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) dalam bidang ekonomi digital.

Kerjasama dilakukan menerusi Program Keusahawanan dan Pembangunan Digital bagi memberi latihan kepada 1,400 usahawan KADA.

Padanan perniagaan melalui kerjasama itu dijangka mencecah nilai RM3.5 juta.

Ia akan membantu usahawan PKMS untuk terus kompetitif dan kekal relevan dalam persekitaran ekonomi digital yang mencabar.

Pengisytiharan kerjasama itu disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee pada Pameran MAHA 2022.

(Annuar Musa (dua dari kanan) dan Ronald Kiandee (dua dari kiri)
menyempurnakan pengisytiharan kerjasama di antara KADA dan MYNIC di Serdang, hari ini)

Sementara itu, KADA turut memeterai persefahaman dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia menerusi padanan perniagaan berjumlah RM50,000.

Kerjasama bertujuan memperkasa sektor pertanian melalui peningkatan kesedaran, kemahiran, latihan dalam teknologi 4IR.

Media Baharu