fb fb fb fb fb

Amaran: Elak sorok, catut minyak masak

SERDANG, 7 Ogos- Pihak yang terlibat secara langsung dalam ekosistem pengeluaran dan penjualan minyak masak diminta agar tidak menyorok atau mencatut produk itu berikutan penetapan harga maksimum pada RM34.70 bagi botol lima kilogram yang berkuat kuasa esok.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu pada akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit selain mendatangkan masalah kepada pengguna.

"Kalau kita nak betulkan semua ini, semua orang mesti laksanakan langkah-langkah dengan cara yang betul.

Kita tahu pencatutan adalah bercangggah dengan undang-undang, begitu juga menyorok barang juga merupakan satu kesalahan, apabila satu-satu komoditi atau barangan dimasukkan dalam tarif harga maksimum, semua orang kena cuba untuk mematuhinya," katanya selepas menyempurnakan perasmian Kluster Agro Edutainment bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini.

(Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi)

Mengulas mengenai tahap pematuhan peniaga terhadap penetapan harga maksimum minyak masak dan ayam, beliau secara keseluruhannya berpuas hati.

Katanya, kebanyakan peniaga sudah mula menurunkan harga sebelum ia mula dikuatkuasakan esok.

Media Baharu