fb fb fb fb fb

Alor Gajah catat IPU tidak sihat, JPBD diaktifkan

Foto RTM

ALOR GAJAH, 21 Julai - Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah diaktifkan segera untuk mengambil langkah proaktif susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah berkenaan yang berada di tahap tidak sihat.

Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri turut menasihatkan orang ramai untuk menghadkan aktiviti luar rumah dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama golongan berisiko tinggi.

Masyarakat juga dinasihat untuk tidak melakukan pembakaran terbuka.

Ketika ini, pemantauan terhadap bacaan IPU dijalankan secara berterusan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Melaka bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka dan Pusat Kawalan Bencana Kebangsaan (NDCC).

Setakat petang tadi, IPU di daerah Alor Gajah mencatatkan bacaan 157 iaitu tidak sihat, manakala kawasan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai pula di tahap sederhana dengan bacaan 86 dan 94.

Siituasi jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, dipercayai berpunca daripada jerebu rentas sempadan kesan daripada tiupan angin barat daya.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI