fb fb fb fb fb

Kedutaan AS beri jaminan bawa pulang aktivis Malaysia

Foto Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Pihak kedutaan AS memberi jaminan untuk menyegerakan proses membawa pulang rakyat Malaysia yang kini ditahan di Pelabuhan Ashdod serta memastikan keselamatan mereka terjamin.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, komitmen itu kini disuarakan selain proses membawa pulang mereka yang terkandas akan disegerakan.

"Pihak Kedutaan Amerika Syarikat turut memberikan komitmen untuk memastikan proses membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dan ditahan oleh rejim Israel dapat disegerakan secepat mungkin.

"Maklumat terkini turut menunjukkan bahawa semua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan sihat dan sekiranya ada keperluan untuk membawa keluar rakyat Malaysia daripada Ashdod itu melalui Mesir, kita akan usahakan malah wakil atau Kedutaan kita di Mesir bagi urusan tersebut", katanya selepas menjadi tetamu Bicara Naratif di sini, hari ini.

Katanya, usaha tersebut diharapkan membuahkan hasil dengan perkembangan yang dilaporkan agak positif setakat ini.

Selain itu, pihak Kedutaan turut diminta untuk menggesa Presiden Donald Trump dan Kerajaan AS menggunakan pengaruh mereka ke atas Israel supaya misi bantuan kemanusiaan dapat tiba di perairan Gaza tanpa sebarang sekatan, selaras dengan ketetapan undang-undang antarabangsa.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia hari ini menerima memorandum bantahan berhubung penahanan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) oleh rejim Israel di perairan Gaza.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik pada pukul 2.30 petang di hadapan bangunan kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Trainee