fb fb fb fb fb

Malaysia terus suarakan pendirian tegas sokong Palestin di peringkat antarabangsa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pembukaan Sidang Kemuncak Perniagaan Bloomberg, yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, malam tadi/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Malaysia terus menyuarakan pendirian tegas menyokong rakyat Palestin dan menentang kekejaman di Gaza di pentas antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu Gaza bukan sekadar konflik serantau, sebaliknya memberi kesan langsung kepada kestabilan politik dan kemanusiaan di seluruh dunia termasuk Asia Tenggara.

"Krisis di Gaza amat menyayat hati dan memberikan kesan yang mendalam di seluruh dunia, khususnya di rantau ini. Dalam pada itu, pertemuan dua hala antara Malaysia dan Presiden Trump telah berlangsung dengan sangat baik. Saya percaya, seperti yang disebut oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) hari ini, kita telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar isu yang berbangkit." kata beliau pada Majlis Makan Malam Pembukaan Sidang Kemuncak Perniagaan Bloomberg, yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di sini malam tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen Malaysia terhadap Palestin adalah konsisten dan tidak akan digugat oleh tekanan geopolitik.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN