fb fb fb fb fb

Wanita warga emas maut, dua cedera kenderaan dinaiki rempuh pokok

SIMUNJAN, 7 Ogos- Seorang wanita warga emas maut, manakala dua lelaki cedera dalam nahas jalan raya berdekatan Kampung Sungai Ladong, pukul 5.30 petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang maut dikenali sebagai Fajar Kuley, 72 tahun.

Dalam kejadian tersebut, kenderaan jenis sedan yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu merempuh pokok.

Impak pelanggaran tersebut, pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan tersepit.

Manakala Fajar yang berada di tempat duduk belakang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

(Bomba mengeluarkan mangsa tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu merempuh pokok)

Orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak menyelamatkan mangsa sebelum petugas kesihatan mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia.

Dua mangsa cedera dihantar ke Hospital Simunjan.

Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu