fb fb fb fb fb

JPJ sita kenderaan mewah usahawan makanan terkenal

Foto JPJ Kedah

KULIM, 3 Oktober - Sebuah kenderaan mewah milik seorang usahawan makanan terkenal disita kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada perlindungan insurans.

Ia hasil operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sungai Petani di Kilometer 4, Jalan Tunku Putera–Pekan Kulim, petang tadi.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata ketika ditahan, usahawan berusia 35 tahun terbabit dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kulim.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan beroperasi tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans yang sah, selain pemandu turut tidak memiliki Lesen Vokasional (CDL) yang sah.

"LKM kenderaan terbabit telah tamat tempoh sejak 9 bulan lalu" Katanya dalam kenyataan hari ini.

JPJ bertindak tegas dengan menyita kenderaan tersebut sebelum dibawa ke JPJ Cawangan Kulim untuk tindakan lanjut.

"Pemilik kenderaan turut diingatkan supaya memastikan semua dokumen penting sentiasa diperbaharui demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain", katanya.

Tegas beliau, JPJ Kedah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.

Trainee