fb fb fb fb fb

ASEAN bangkit desak rundingan pembebasan delegasi Malaysia

Foto Global Sumud Flotilla

SEPANG, 3 Oktober – Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) menegaskan usaha membawa pulang 23 delegasi Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini menerima sokongan padu bukan sahaja daripada Turkiye, tetapi juga ASEAN serta masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sany Araby berkata, tekanan diplomasi yang digerakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendapat perhatian Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Qatar dan beberapa pemimpin dunia lain.

“Ini adalah satu perkembangan yang baik yang kita harus nampak dan harus kita tambah semangat untuk kita memberi sokongan Malaysia dan juga ASEAN bersama dengan pihak-pihak dunia laksanakan tugasan.

"Ia supaya kebebasan dan juga femine itu dapat ditambahkan segera atau kumpulan-kumpulan yang bukan di bawah kawalan Malaysia akan berlayar atau lebih daripada itu melaksanakan aksi-aksi mendesak secara bukan keganasan", katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Jelasnya, rundingan yang kini sedang berjalan dijangka membawa perkembangan positif dalam tempoh 48 jam akan datang, termasuk persediaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Ashdod, Israel.

Beliau turut menegaskan bahawa keprihatinan ASEAN dan masyarakat dunia membuktikan misi kemanusiaan ini berjaya membuka mata antarabangsa mengenai krisis kemanusiaan di Gaza yang sudah berlarutan sejak 18 tahun.

Datuk Sany turut menyeru rakyat Malaysia agar terus berdoa dan menunjukkan solidariti, menzahirkan bahawa Malaysia bersama ASEAN kekal mendukung perjuangan Palestin sehingga Gaza mencapai kemerdekaan.

Trainee